Friday 17 February 2012

SEJARAH HIDUP KU



Assalamualaikum.,saya Aimi Najihah Bt Abd Rahman.Saya berasal dari kelantan dan menetap pun dekat kelantan.Saya nak kongsi banyak pengetahuan tentang kehidupan saya selama 15 tahun saya hidup di dunia ALLAH ini.

     Semasa saya berumur 7 tahun,saya telah ditimpa kemalangan jalan raya pada pukul 6.30 petang.Ibubapa saya pada masa itu tiada di rumah kerana pergi melihat rumah baru kami yang baru siap.Setelah memberitahu kepada ahli keluarga saya tentang kemalangan yang menimpa saya itu.dan saya telah dibawa ke  hospital usm untuk rawatan lanjut.Saya pada masa itu berada dalam keadaan koma dan tidak sedarkan diri selama satu minggu.Setelah saya,sedar dari koma saya tidak sedari bahawa tulang tengkok dan tangan saya patah.Mama saya memberitahu kepada doktor dengan segera.Saya dibawa ke ruangan x-ray untuk maklumat yang lebih lanjut.

     Setelah x-ray saya diberitahu yang saya perlu menjalani pembedahan bagi menyelamatkan nyawa saya.Saya terima dengan redha jikalau tuhan mahu mengambil nyawa saya pada masa itu.Tiba hari pembedahan,saya dibawa ke bilik pembedahan untuk di bedah.Jantung saya berdebar-debar pada masa itu.Ibubapa saya menunggu di luar bilik pembedahan.Mama saya bertanya kepada doktor bahawa pembedahan itu akan berjaya ataupun tidak.Nyawa saya pada masa itu adalah 50-50 sahaja,alhamdulilah selama 13 jam berada dalam bilik pembedahan saya berjaya di selamatkan dan saya bersyukur kepada allah kerana memberikan saya peluang untuk memohon keampun kepada orang-orang yang ada saya buat salah dan silap.

      Pada keesokan harinya,saya telah sedar dan terus memanggil mama saya dan memberitahu dimana saya berada sekarang ini.Mama saya memberitahu bahawa saya berada di ruang icu buat sementara sahaja bagi memastikan tiada apa-apa yang berlaku selepas pembedahan malam tadi.Dua hari kemudian saya telah di tukarkan ke wad 2 selatan kerana saya semakin pulih.

     Selama 8 bulan saya tinggal di hospital,dan hari ini hari paling bahagia buat saya kerana saya dapat pulang ke rumah buat selama-lamanya.Sampai sahaja saya di pagar rumah,ramai yang menunggu,dan berkumpul di hadapan rumah bagi menyambut kepulangan saya.

     Saya berharap anda semua berhati-hati masa berada di jalan raya.Saya tak nak perkara yang berlaku dekat saya akan berlaku dekat anda semua.DON'T NOTTY ye..bye assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment